Latar Belakang
Saya mempunyai Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Saya berpegang kepada 
prinsip bahawa kita perlu menanamkan nilai-nilai positif yang diajar 
oleh agama Islam. Saya terdorong menyertai politik menerusi Barisan 
Nasional kerana mahu membantu merubah kehidupan rakyat untuk menjadi 
lebih baik.
Sebagai calon di Parlimen Jerai,  saya akan memastikan setiap perkara 
yang dijanjikan seperti di dalam Manifesto Barisan Nasional akan dapat 
dilaksanakan terutama dalam hal ekonomi dan memperjuangkan Islam.
Pada waktu lapang, saya gemar meluangkan masa dengan bersukan.
Berilah sokongan kepada Jamil Khir Baharom
Anda boleh mengikuti perkembangan dan berhubung dengan saya menerusi laman Facebook
 saya. Saya sedia berkhidmat untuk masyarakat, mendengar dan memahami 
kehendak rakyat dan mengenali anda semua dengan lebih erat.
 

